SKUAD bola sepak negara disifatkan tidak berada dalam kumpulan mudah Piala Asia 2023 apabila diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan di Qatar.
Namun pemain pertahanan kental Harimau Malaya, Junior Eldstal tetap percaya skuad kendalian Kim Pan-gon itu mampu menghadirkan saingan sengit bagi meraih mata.
"Kita datang sini untuk bertanding dengan pasukan terbaik Asia. Jadi untuk tujuan itu kita perlu kekal fokus dalam usaha menghasilkan keputusan istimewa
"Kita berada di sini bermain untuk negara dan paling penting percaya kepada keupayaan diri sendiri.
Eldstal yang kini menyarungi jersi kelab liga Indonesia, Dewa United FC, juga menyifatkan perlawanan persahabatan menentang Syria perlu dimanfaatkan sebaik mungkin pada Isnin.
Katanya, aksi itu amat penting buat Harimau Malaya sebelum turun menentang Jordan untuk aksi sulung Kumpulan E.
"Ini adalah aksi persahabatan penting sebelum bertemu Jordan, yang kedua-dua pasukan memiliki kekuatan lebih kurang.
"Kita perlu kekal kepada perancangan pasukan kerana berdepan Syria bukan lagi perlawanan
eksperimen, sebaliknya aksi 90 minit sebenar seperti perlawanan pertama,” katanya.