Konsep sewa rumah sampai mati pilihan utama lima negara
Iklan
KESUKARAN membeli kediaman ekoran harga rumah meningkat terdedah dengan risiko kewangan serta penambahan komitmen bulanan tidak selari dengan gaji merupakan punca utama mengapa kebanyakan negara di dunia ini mengamalkan konsep ‘sewa sampai mati’.
Faktor ekonomi, sosial, dan budaya di sesebuah negara itu bakal mempengaruhi dan memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan sama ada seseorang itu lebih cenderung untuk menyewa tempat tinggal atau membeli rumah.