Malaysia dalam Seminggu

Iklan
Anwar, Sanusi dan Tun Dr Mahathir

30 Disember 2023

Polis terima laporan dakwaan salah guna dana RM700 juta dua kerajaan terdahulu

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah telah mengesahkan laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Siasatan lanjut akan dilakukan pihak polis termasuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan.

Ashari Abu Samah

Iklan

31 Disember 2023

Ismail Sabri tak terlibat Langkah Dubai

Iklan

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menunaikan ibadah umrah dan terus menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur tanpa singgah di Dubai.

Pegawai Khasnya, Affifi Aris berkata, ia sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa bekas Perdana Menteri itu terlibat dalam Langkah Dubai bagi menukar kerajaan.

1 Januari 2024

Negara masih bergelut isu 3R- Mujahid

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, negara akan terus bergelut untuk mengatasi isu 3R (agama, bangsa dan institusi Diraja) di pentas politik yang masih tinggi permintaannya sekiranya tidak ditangani sewajarnya.

Menurutnya, tahun 2024 perlu dijadikan peluang bagi semua pihak tekadkan azam memerangi pencetus 3R yang mana dilihat memberi impak negatif kepada asas kesatuan negara ini dan perlu diberi perhatian.

2 Januari 2024

Anwar lancar sistem PADU

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi yang selama ini dinikmati golongan yang tidak selayaknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Bernama.

Pengenalan sistem itu adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak.

3 Januari 2024

Sanusi yakin Langkah Dubai akan jadi kenyataan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin Langkah Dubai akan menjadi kenyataan namun tidak boleh mendedahkan butirannya.

Beliau mendakwa, pemimpin Kerajaan Perpaduan pada ketika ini ibarat takut pada bayang-bayang sendiri kerana tahu akan kehilangan kuasa pemerintahan.

4 Januari 2024

Siapa ‘Datuk Rahim’ cuba pancing MP PN?

Seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendedahkan masih ada usaha pihak tertentu termasuk individu dikenali sebagai ‘Datuk Rahim’, yang mendekati dan memujuk ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2, Datuk R Ramanan berkata, usaha ‘jalan belakang’ untuk menumbangkan kerajaan akan hanya mengheret rakyat dalam situasi politik dan ekonomi yang tidak menentu serta tiada pengakhiran.

5 Januari 2024

Tun M nafi terlibat Langkah Dubai

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan beliau terlibat dengan Langkah Dubai, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pakar dalam gerakan 'kerajaan pintu belakang'.

Mahathir berkata, beliau sudah lama tidak berkunjung ke Dubai.