Aksi sukar hadapi Liverpool

Iklan
Arteta

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta berharap dapat mencapai keputusan positif ke atas Liverpool dalam aksi pusingan keempat Piala FA sekali gus menandakan permulaan satu lagi prestasi baik dalam pertandingan itu.

Arteta memenangi Piala FA pada musim pertamanya bersama Arsenal pada 2019-20, menewaskan Manchester City dan Chelsea untuk menjulang trofi dan melebarkan rekod kelab itu kepada 14 kejuaraan manakala Liverpool pula telah memenangi piala itu sebanyak lapan kali.

Iklan
Iklan

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, dia menjangkakan satu lagi perlawanan sengit menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris itu selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 di Anfield sebelum Krismas.

"Kami mempunyai sejarah hebat dalam pertandingan ini. Kami mempunyai lawan yang sukar untuk permulaan dan sekali lagi mahu membuat perjalanan yang indah.

Iklan

"Ia bakal perlawanan yang luar biasa dan saya pasti ia akan berlaku lagi.

"Saya pasti kedua-dua pasukan menjangkakan atau mengharapkan sesuatu yang berbeza, tetapi kami mempunyai pertembungan yang luar biasa ini pada pusingan ketiga dan kami perlu menghadapinya," katanya.

Iklan

Martinelli dan Odegaard mendahului carta penjaring kelab dengan 15 gol liga musim lalu, manakala Saka menjaringkan 14 gol dan 11 bantuan gol.

Bagaimanapun, untuk musim ini ketiga-tiga mereka hanya mampu meledak 12 gol setakat ini.

"Apa yang mereka lakukan tahun lepas adalah luar biasa. Untuk mengekalkan nombor tersebut, kami tahu ia akan menjadi sukar. Bukan hanya untuk kami, tetapi satu perlawanan dalam liga.

"Ia sangat sukar tetapi kami perlu perbaiki dengan cara memanfaatkan setiap peluang itu kepada gol,” katanya.