Langkah Dubai: Sanusi, PN takut bayang-bayang sendiri - UMNO Kedah

Iklan
Shaiful Hazizy. Laporan Sinar Harian.

ALOR SETAR - UMNO Kedah mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Perikatan Nasional (PN) takut dengan bayang-bayang sendiri apabila sedar semakin hilang sokongan.

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Sanusi dengan penuh berani dan yakin menyatakan kerajaan akan tumbang tetapi beberapa Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lebih memalukan Langkah Dubai yang mereka cuba lakukan pada kali ini gagal kerana Kerajaan Perpaduan tidak dapat ditumbangkan.

"Kerajaan Madani ini sangat stabil, bertepatan dengan analogi kerajaan atap konkrit yang digunakan oleh PMX. Parti parti komponen Kerajaan Madani sudah menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi.

Iklan

"Premier Sarawak dan pemimpin GPS sendiri mengatakan Langkah Dubai ini adalah buang masa," katanya mengulas kenyataan Sanusi yakin bahawa kerajaan pimpinan Anwar akan tumbang.

Pada Rabu, Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau yakin Langkah Dubai akan menjadi kenyataan namun tidak boleh mendedahkan butirannya.

Iklan

Dakwanya, pemimpin Kerajaan Perpaduan pada ketika ini ibarat takut pada bayang-bayang sendiri kerana tahu akan kehilangan kuasa pemerintahan.

Sanusi berkata, kejatuhan kerajaan akan berlaku menerusi peralihan sokongan ahli Parlimen dan tindakan itu tidak menyalahi Perlembagaan mahupun amalan demokrasi.

Jelas Shaiful Hazizy, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga sudah menyatakan UMNO akan kekal bersama Kerajaan Madani.

"Kita juga tahu, yang sibuk nak bekerjasama dengan PN ini bukan kem Zahid pun, jadi kegusaran itu tidak perlu ada," ujar beliau.

Tambahnya, Sanusi dan seluruh kepimpinan PN perlu mendengar nasihat serta tulisan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa orang yang sibuk mencari kesalahan kerajaan ini sama sahaja seperti lebih teruk dari beruk dan tupai.

"Oleh itu sudah sudah lah jadi beruk dan tupai, jadi lah manusia yang normal dan rasional, hendak ubah kerajaan boleh, ubah sewaktu Pilihan Raya Umum nanti. Lawan cara anak jantan," kata Shaiful Hazizy lagi.