Elok Sanusi fokus tugas sebagai Menteri Besar Kedah - Fahmi

Iklan
Muhammad Sanusi (kiri), Fahmi (kanan)

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seharusnya memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai seorang Menteri Besar sebelum bercakap mengenai rancangan menukar kerajaan, bidas jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Dalam masa sama, Menteri Komunikasi itu menegaskan, ada baiknya Sanusi memberikan fokus kepada permasalahan dan isu-isu penting membabitkan negeri Kedah seperti perkembangaan litar lumba, skandal Sumber Nadir Bumi (REE) dan masalah dalaman yang menyelebungi Kelab Bola Sepak Kedah baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Sebelum dia bercakap tentang ‘Dubai Move’, tanya dia apa yang berlaku kepada litar perlumbaan di Kedah?

"Saya rasa dia perlu mengubah pendekatan daripada mengulas perkara ini. Mungkin, dia harus berhenti melakukan karaoke tengah malam dengan wanita yang tidak dikenali (di TikTok secara langsung) dan fokus untuk mentadbir negerinya.

Iklan

"Saya rasa dia ada banyak lagi masalah; dia Menteri Besar, bukan ahli Parlimen (MP). Mari kita semua fokus pada tugas masing-masing," kata Fahmi pada sidang media selepas menghadiri jualan komuniti ‘Jualan Termurah Demi Rakyat’, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian ketika sebagai mengulas kenyataan Sanusi yang mendawak 'Langkah Dubai' akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Iklan

Sebelum ini, Sanusi turut mengesahkan terdapat langkah Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan kerajaan Madani melalui proses demokrasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, langkah itu direka bentuk berdasarkan kelemahan dalam undang-undang Anti Lompat Parti yang digunakan oleh kerajaan Madani untuk menarik sokongan lima Ahli Parlimen daripada PN. - Awani