Maszlee dijangka buat pengumuman penting petang ini

Iklan
Maszlee Malik

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dijangka membuat satu pengumuman penting hari ini.

Difahamkan, pengumuman itu dibuat selepas Maszlee mengadakan perjumpaan rasmi dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Iklan
Iklan

Beberapa portal berita turut melaporkan tentang kedudukan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dalam Kabinet.

"Pada jam 2.30 petang hari ini, Dr Maszlee Malik mengadakan perjumpaan rasmi dengan Tun Mahathir dan pada jam 4.30 petang ini, satu sidang media khas akan diadakan di Lobi Blok E8, Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya," kata satu sumber menerusi aplikasi WhatsApp.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ketika ini semua agensi media sudah berkumpul di lobi kementerian tersebut.