Parlimen Thailand lulus belanjawan 3.48 trilion baht

Iklan
Bajet sebanyak 3.48 trilion baht (AS$101 bilion) diluluskan dalam sesi undian pada lewat Jumaat dengan 311 anggota Parlimen menyokong manakala 177 menentang dan empat berkecuali selepas tiga hari perbahasan.

BANGKOK - Bajet 2024 Thailand bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi berjaya menempuh halangan pertama di Parlimen pada malam Jumaat, selepas tertangguh akibat kebuntuan politik selama tiga bulan.

Bajet sebanyak 3.48 trilion baht (AS$101 bilion) diluluskan dalam sesi undian pada lewat Jumaat dengan 311 anggota Parlimen menyokong manakala 177 menentang dan empat berkecuali selepas tiga hari perbahasan.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Srettha Thavisin yang membentangkan bajet 2024 itu pada Rabu, menggesa perbelanjaan 3.48 trilion baht dengan defisit 693 bilion baht, peningkatan daripada 593 bilion yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

Ekonomi Thailand diunjur berkembang 2.7 hingga 3.7 peratus tahun ini.

Iklan

Bajet tahun ini ditangguhkan kerana kebuntuan politik yang berpanjangan berikutan pilihan raya umum pada Mei tahun lepas.

Kerajaan baharu telah ditubuhkan pada Ogos.

Iklan

Bajet terbabit dijangka dikuat kuasa pada Mei.

Sementara itu, Srettha mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen atas sokongan mereka terhadap bajet berkenaan dan berjanji untuk menguruskan peruntukan itu dengan penuh berhemah dan berkesan.

Beliau berkata bajet itu akan memberi tumpuan dalam menjadikan kehidupan rakyat lebih baik melalui dasar ekonomi, sosial dan politik yang komprehensif dalam jangka masa pendek dan panjang.

"Kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan cadangan dan syor yang dibuat ketika perbahasan," katanya. - Bernama