Pengunjung dijangka meningkat hari terakhir festival seram

Iklan
Antara pengunjung yang hadir ke Festival Seram Buku Prima di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

SHAH ALAM - Kehadiran pengunjung dijangka meningkat dua kali ganda pada hari terakhir Festival Seram Buku Prima.

Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran Grup Buku, Anis Syamila Abdul Halim berkata, ia berikutan pelbagai aktiviti dan jemputan khas lebih menarik diadakan sebagai penutupan festival tersebut.

Iklan
Iklan

Anis Syamila

Menurutnya, kehadiran enam finalis daripada Hero Dewi Remaja 2023 yang bakal hadir turut memeriahkan lagi program berkenaan.

Iklan

"Untuk hari esok, kita ada lima pempengaruh TikTokers Sembang Seram dengan aktiviti paranormal dan kandungan seram.

"Ada juga Tiger Labu sebagai panelis yang juga merupakan pemenang TikTok Live Content Creator of The Year di TikTok Awards 2023.

Iklan

"Antara panelis lain ialah KakDya CEO Korang2 Kejap! Idham Nawawi, Ossasuke Nawawi dan Boss Wan,” katanya pada Sabtu.

Kanak-kanak yang hadir ke Festival Seram Buku Prima di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu memasuki rumah hantu sebanyak empat kali dan menerima lencana butang daripada Grup Buku sebagai penghargaan.

Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Januari itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Buletin TikTok Seram, pendedahan eksklusif wartawan Sinar Harian dan penampilan khas Pengarah Filem Seram, Dr Ahmad Idham yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini.

Tambah Anis Syamila, kemasukan ke rumah hantu pula diberi diskaun harga RM5 buat semua peringkat umur sempena hari terakhir festival.

"Menariknya rumah hantu ini bukan sahaja ada hantu, tetapi ada juga pelbagai karakter lain seperti psychopath, badut, dan lain-lain.

"Sambutan hari ini amat mengalakkan dan kebanyakan pengunjung adalah ibu bapa yang membawa anak-anak untuk ke rumah hantu selain aktiviti seperti ‘face painting’, mini fun fair serta jualan buku,” ujarnya.