Anak tampar, tarik mayat ayah dari keranda akibat dendam

Iklan
Majlis pengebumian kecoh akibat tindakan anak-anak si mati terhadap mayat ayah mereka.

CHINA - Video yang memaparkan beberapa orang anak menampar dan mencampak mayat ayahnya di satu majlis pengebumian pada Jumaat lalu di Jiangsu, di sini menimbulkan tanda tanya pengguna media sosial.

Video tersebut dikongsi Sina.com melalui laman rasmi YouTube mereka, menunjukkan beberapa lelaki dipercayai anak mendiang hadir bukan untuk memberi penghormatan terakhir, sebaliknya membuat kekecohan.

Iklan
Iklan

Lelaki yang meninggal dunia itu dikatakan meninggalkan anak-anak dan isterinya lebih 40 tahun lalu gara-gara mengikut wanita lain, namun tetap tinggal sekampung dengan mereka, lapor Sin Chew Daily memetik sumber.

Keadaan malang itu berlaku selepas lelaki tua terbabit meninggal dunia dan teman wanitanya menghantar bil pengebumian kepada salah seorang anak kandung lelaki tersebut sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan anak-anak terbabit.

Iklan

Setibanya di tempat pengebumian, anak kepada lelaki tersebut bertindak membuka keranda lalu menarik keluar mayat ayah mereka sehingga terjatuh ke lantai.

Dalam keadaan marah dan berdendam atas perbuatan ayahnya itu, anak-anaknya berkali-kali menampar muka ayahnya yang sudah pucat.

Iklan

Difahamkan mereka bertindak begitu kerana sejak ayahnya meninggalkan mereka dan ibu demi wanita lain, kesemua mereka terpaksa hidup dalam kedaifan.

"Kamu membuatkan hidup kami teruk seperti neraka ketika kamu masih hidup dan adakah kamu fikir kami akan tolong kamu selepas kamu mati?" katanya.

Selepas menimbulkan kekecohan di majlis pengebumian tersebut, anak-anaknya kemudian meninggalkan majlis tanpa memasukkan semula mayat ayahnya ke dalam keranda dan kini kes tersebut di bawah siasatan pihak polis.