Polis cari pemandu Iriz biru berhenti mengejut tengah jalan

Iklan
Tular video memaparkan sebuah kereta yang dipandu secara melulu sebelum kenderaan tersebut dilihat berhenti di tengah jalan pada Sabtu.

GOMBAK - Aksi samseng pemandu sebuah kereta yang bertindak memberhentikan kenderaannya secara mengejut di tengah jalan di Kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) baru-baru ini mengundang padah apabila individu terbabit kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan dijalankan berdasarkan insiden berkenaan yang dikesan tular menerusi satu aplikasi media sosial pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Tindakan pemandu terbabit membuat halangan boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, pemandu kenderaan terlibat serta pemilik kamera papan pemuka yang merakam kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Iklan

"Polis meminta agar individu terlibat segera tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan

Pada Sabtu, tular video memaparkan sebuah kereta yang dipandu secara melulu sebelum kenderaan tersebut dilihat berhenti di tengah jalan.

Kejadian berkenaan yang dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan itu kemudiannya didapati tular di media sosial.

Video berdurasi 27 saat itu turut mengundang kecaman orang ramai yang rata-ratanya meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan berhubung kejadian terbabit.