Dua beradik tak serik-serik...

Iklan
Suzaimi (kiri) bersama pegawainya menunjukkan motosikal yang dirampas

TANAH MERAH - Tidak serik, malah mengulangi perbuatan jenayah. Itu yang dilakukan dua beradik berumur 20 dan 27 tahun yang berjaya diberkas polis ekoran terlibat dalam kes pecah rumah dan curi motosikal di daerah ini.

Kedua-dua suspek merupakan bekas banduan yang baharu sahaja dibebaskan sejak setahun lalu namun masih terjebak dalam aktiviti jenayah walaupun pernah menerima hukuman penjara.