Syahmi yakin Harimau Malaya mengaum di Qatar 2023

Iklan
Syahmi - Foto Football Association of Malaysia

PEMAIN skuad bola sepak negara perlu segera menyesuaikan diri dengan corak latihan berintensiti tinggi dipraktikkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Itu reaksi tonggak pertahanan negara, Syahmi Safari ketika berkongsi persiapan pasukan negara sejak enam hari lalu sebelum Harimau Malaya menyingkap cabaran Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada 16 Januari.

Iklan
Iklan

"Di sini, kita mula menjalani latihan dalam intensiti yang tinggi bagi menyesuaikan dengan situasi perlawanan sebenar selepas ini.

"Semua pemain-pemain memberi komitmen 100 peratus sepanjang latihan.

Iklan

"Ia juga satu kebaikan kepada rakan-rakan lain terutama dalam meningkatkan momentum pasukan itu sendiri,” katanya di Doha, Qatar pada Sabtu.

Angkatan Pan-gon akan menyingkap cabaran Harimau Malaya dalam Kumpulan E berdepan Jordan pada 16 Januari di Stadium Al Janoub.

Iklan

Bahrain kemudian akan menjadi pasukan kedua ditentang pasukan negara (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad pada 20 Januari.

Anak buah Pan-gon selepas itu akan melabuh tirai kumpulan berdepan pasukan pilihan Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Mengenai persediaan berdepan Jordan dan Bahrain, Syahmi tidak menafikan dua pasukan Asia Barat itu memiliki kelebihan dari aspek fizikal.

Bagaimanapun Syahmi percaya, pasukan negara mampu menyaingi dua pasukan tersebut dengan keazaman diikuti disiplin tinggi sepanjang perlawanan.

"Semasa aksi kelayakan sebelum ini, pasukan negara telah pun beraksi menentang pasukan Bahrain dan lain-lain, kita mampu memberi saingan dan jurang kedua-dua pasukan tidak terlalu jauh.

"Sebenarnya paling penting di sini adalah semangat dan komitmen dalam kalangan pemain negara untuk memberikan lebih 100 peratus dalam setiap perlawanan.

"Selain itu kerjasama dalam kalangan pemain juga perlu ditingkatkan dalam usaha menghasilkan keputusan yang positif,” katanya.

Dalam pada itu, Syahmi berkata, keputusan positif dalam dua perlawanan awal penting bagi meningkatkan motivasi pemain-pemain.

"Penting untuk kita mendapatkan mata semaksimum bagi membolehkan pasukan mara ke pusingan seterusnya

"Apa-apa pun kita perlu realistik kerana jurang pasukan negara dengan dua pasukan ini tidak terlalu besar.

"Ini semua bergantung kepada setiap pemain untuk realisasikan misi pasukan dalam padang,” katanya.

Mengenai persaingan bagi merebut kesebelasan utama pasukan, Syahmi menyifatkannya sebagai saingan yang sihat kepada pasukan.

Katanya, skuad Harimau Malaya bagi saingan Qatar 2023 kali ini merupakan himpunan dalam kalangan pemain terbaik negara.

"Semua pemain di sini merupakan pemain terbaik negara yang berhak berada di sini.

"Jadi apabila berlaku persaingan secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti persembahan pasukan secara keseluruhan,” katanya.