31 PATI ditahan di KLCC, Bukit Bintang

Iklan
Antara 31 PATI yang ditahan dalang operasi Imigresen di sekitar pusat beli-belah Suria KLCC.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba melarikan diri daripada dicekup anggota Jabatan Imigresen (Imigresen) Kuala Lumpur tidak berhasil apabila dia berjaya diberkas.

Lelaki itu antara 31 PATI yang ditahan dalam Operasi Kutip di sekitar pusat beli-belah Suria KLCC dan Pavillion, Bukit Bintang, di sini, pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, kesemua yang ditahan berusia 19 hingga 50 tahun disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas dengan menjalankan perniagaan.

"Operasi yang bermula jam 9.30 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membabitkan kekuatan 46 pegawai dan anggota.

Iklan

Jafri berkata, pihaknya menjalankan risikan selama seminggu berdasarkan maklumat awam sebelum operasi dilaksanakan.

Operasi bermula jam 9.30 malam dengan kerjasama Imigresen dan JPN membabitkan kekuatan 46 pegawai dan anggota.

"Seramai 120 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, 31 individu termasuk dua wanita ditahan atas pelbagai kesalahan iaitu 24 PATI ditahan sekitar KLCC manakala tujuh ditahan di Pavillion.

Iklan

"Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan warga Bangladesh; India (6); masing-masing empat warga Indonesia, Pakistan dan Nepal; Filipina (3); masing-masing satu Afghanistan serta Syria,” katanya.

Beliau berkata, kesemua ditahan akan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi, warga asing yang didapati melanggar peraturan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39B Peraturan Imigresen.

Ditanya mengenai terdapat warga asing yang dikesan menjalankan perniagaan seperti menjual makanan dan minuman di kaki lima serta barangan lain, Jafri berkata, ia menjadi kesalahan sekiranya mereka gagal mengemukakan permit sah.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, kebanyakan mereka menyalahgunakan pas atau permit kerja. Sepatutnya mereka masuk ke negara ini bagi pekerjaan di sektor tertentu, tetapi melakukan pekerjaan lain.

"Kita juga tidak berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing termasuk majikan atau individu yang didapati melindungi PATI," tegasnya.