SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini mengumumkan penerimaan 1,000 penyertaan untuk program tahunannya, Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan 2023.
Acara itu diadakan di Dewan Besar TH, Menara TH Jalan Tun Razak,Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung melalui laman sosial Facebook rasmi TH.
Objektif utama Musabaqah Cilik TaHa 2023 adalah untuk memupuk budaya pembacaan al-Quran di kalangan pelajar sekolah dan melahirkan generasi yang mencintai al-Quran.
TH dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis memaklumkan, program itu ditujukan khusus kepada pendeposit TH yang merupakan ahli Kelab TaHa, bagi membolehkan mereka menunjukkan potensi serta bakat dalam mengalunkan kalam Allah dalam al-Quran.
"Program Musabaqah Cilik TaHa menjadi wadah untuk menggali potensi dan bakat pelajar sekolah, serta untuk membina generasi yang memahami dan mencintai al-Quran,” jelas TH dalam kenyataan itu.

Muhammad Aqeef, 12, (dua dari kiri) menerima hadiah selepas meraih Johan Qari sempena program Musabaqah Cilik TaHa 2023