Malaysia perlu bersedia ambil risiko - Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul. Foto Bernama

SHAH ALAM - Malaysia perlu bersedia mengambil risiko dalam menjadikan pelaburan dan perdagangan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi khususnya dalam ekonomi digital dan hijau.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia perlu terus maju di atas asas yang telah dibina.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap perancangan perlu dilaksanakan dengan tepat pada tahun ini, setelah 2023 menjadi tahun penting untuk kementeriannya membentuk masa depan ekonomi negara yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan.

"Kita mesti kekal di laluan yang telah dirangka, tidak kira betapa sukarnya cabaran.

Iklan

"Kita juga perlu menjelaskan inisiatif dan rasionalnya secara konsisten kepada rakyat dan bagaimana ianya memanfaatkan mereka dalam jangka masa panjang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau menambah, bagi merealisasikan setiap perancangan, masyarakat perlu berfikiran radikal iaitu lebih yakin dalam mencapai sesuatu yang di luar jangkaan biasa.

Iklan

Contohnya, penyelesaian radikal berdasarkan teknologi terbaharu bagi menyelesaikan masalah yang kelihatan mustahil untuk diatasi.

"Kita perlu beralih daripada pemikiran: 'Kita tidak boleh lakukan X,Y,Z kerana ini Malaysia, dan kita rakyat Malaysia', kepada: 'Kita akan buat X,Y,Z, kerana ini Malaysia dan kerana kita rakyat Malaysia'.

"Pendekatan sebegini sepatutnya menjadi resmi kita, beralaskan sikap ingin tahu dan keyakinan yang kental.

"Azam Tahun Baru saya adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia berfikiran sebegini, dan meyakinkan mereka untuk terus berbuat demikian," katanya.

Katanya lagi, pihaknya juga menetapkan matlamat untuk mengukuhkan masa depan ekonomi Malaysia, di mana golongan belia mempunyai pekerjaan dengan gaji yang berpatutan dan syarikat mencapai keuntungan berlipat ganda.