SHAH ALAM - Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank akan tergendala pada 14 Januari 2024 berikutan terdapatnya penyelenggaraan sistem berjadual akan dilakukan pada hari berkenaan.
Maybank menerusi notis di Maybank2U memaklumkan, perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses buat sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.