Sudah cukup SD, hanya tunggu hari - Sanusi

Iklan
Sanusi

PADANG TERAP - Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa telah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai perkara terbabit termasuk jumlah SD yang diperoleh.

Iklan
Iklan

"Cukup dah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja," ulasnya pendek selepas diminta komen tentang akuan bersumpah untuk menjatuhkan kerajaan pada Ahad.

Bagaimanapun Pejabat Ketua Pembangkang sebelum itu menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen gabungan itu untuk datang menghadap Seri Paduka Baginda bersama akuan bersumpah masing-masing.

Iklan

Katanya, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang ditularkan di media sosial juga adalah palsu.

Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan mengenai 'Langkah Dubai' yang didakwa dirancang segelintir pihak untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan 'Langkah Dubai' tidak akan memberikan kesan kepada Kerajaan Perpaduan.