Guru 'kantoi' umpat murid OKU dipanggil beri penjelasan

Iklan
Raisin. Gambar kecil: JPNS tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan guru yang bercanggah dengan etika profesion keguruan - Gambar hiasan 123RF

KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan memanggil guru yang didakwa mengumpat murid orang kurang upaya (OKU) dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah JPNS, Datuk Raisin Saidin berkata, Jabatan Pendidikan memandang serius dan segera menyiasat perkara terbabit.

Iklan
Iklan

"JPNS telah melaksanakan siasatan kes ini dan akan memanggil guru terlibat untuk memberikan penjelasan.

"JPNS tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan guru yang bercanggah dengan etika profesion keguruan," katanya ketika dihubungi bagi mengulas berhubung isu berkenaan.

Iklan

Menurutnya, JPNS sebelum ini telah memberikan peringatan kepada guru agar tidak memuat naik sebarang komen terhadap murid di media sosial.

"Murid ini seharusnya disayangi lebih-lebih lagi murid berkeperluan khas," ujarnya.

Iklan

Sebelum itu, tular satu video di aplikasi TikTok mengenai luahan seorang bapa bahawa anaknya dikutuk dalam kumpulan WhatsApp kelas.

Tindakan itu dilakukan oleh seorang guru yang dipercayai telah tersalah hantar mesej ke dalam kumpulan WhatsApp tersebut sebelum memadam mesej berkenaan.

Namun mesej tersebut sempat ditangkap layar oleh bapa murid terbabit sebelum ditularkan di media sosial.