Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam

Iklan
Satu pertempuran turut dilaporkan berlaku antara pihak polis dan anggota Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) di Chattogram. Foto AFP

DHAKA - Pilihan raya umum Bangladesh yang berlangsung pada pagi Ahad dicemari dengan insiden pertempuran yang menyaksikan seorang penyokong maut akibat ditikam, lapor Xinhua.

Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim, menurut laporan Financial Express memetik pegawai polis tempatan.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi waktu tempatan.

Polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Iklan

Selain itu, satu pertempuran turut dilaporkan berlaku antara pihak polis dan anggota Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) di Chattogram, lapor Dhaka Tribune.

Perbalahan tercetus apabila sekurang-kurangnya 20 hingga 25 anggota BNP cuba mengadakan perarakan Hartal (mogok umum) selama 48 jam di bandar itu. - Bernama

Iklan