Hujan sangat lebat tahap bahaya di Rompin, Pahang

Iklan
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya berlaku di Rompin, Pahang bermula hari ini hingga esok. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya berlaku di Rompin, Pahang bermula hari ini hingga esok.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku hingga Isnin melibatkan Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Pahang melibatkan Maran, Kuantan dan Bera serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru). - Bernama.