Jalan mendap: Sebahagian jalan Kuantan-Segamat ditutup

Iklan
Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua jenis kenderaan bermula hari ini hingga 28 Januari berikutan kejadian jalan mendap di Seksyen 102, berhampiran kawasan burung unta. Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan dalam kenyataan memaklumkan penutupan jalan itu bagi pelaksanaan kerja pembaikan dan pengguna boleh melalui laluan alternatif sepanjang tempoh tersebut.

KUANTAN - Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua jenis kenderaan bermula hari ini hingga 28 Januari berikutan kejadian jalan mendap di Seksyen 102, berhampiran kawasan burung unta.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan dalam kenyataan memaklumkan penutupan jalan itu bagi pelaksanaan kerja pembaikan dan pengguna boleh melalui laluan alternatif sepanjang tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

"Pengguna dari arah Kuantan ke Muadzam Shah akan dilencongkan ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan-Endau melalui bandar Pekan) dan Laluan FT63 (Leban Condong-Muadzam Shah).

"Mereka dari arah Gambang ke Muadzam Shah pula melalui laluan FT82 (Pekan Batu Balek) ke laluan Persekutuan FT03 (Kuantan-Endau),” menurut kenyataan itu.

Iklan

Sementara itu, laluan alternatif dari arah Muadzam Shah ke Kuantan pula menggunakan laluan FT63 (Leban Condong- Muadzam Shah) ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan-Endau). - Bernama.

Iklan