Kurang faham kepentingan PADU
Iklan
KOTA TINGGI - Kurang memahami fungsi Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibangunkan oleh kerajaan menyebabkan ramai penduduk khususnya di luar bandar masih belum mendaftar sistem berkenaan.
Nelayan, Mohd Jaafar Abdul Hamid, 65, berkata, kekurangan maklumat tentang PADU yang dihebahkan secara umum dan mudah diterima seperti televisyen menyebabkan dia masih belum jelas mengenai kepentingannya.