Teknologi jadi halangan
Iklan
SUNGAI SIPUT - Ketiadaan liputan internet dan tidak celik teknologi maklumat (IT) menjadi masalah kepada penduduk Orang Asli sekitar kawasan ini untuk memahami pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan kerajaan.
Malah, Tok Batin Kampung Bersah, Hadu Long berkata, beliau sendiri sukar untuk memberi penjelasan kepada penduduk yang bertanyakan mengenai sistem itu disebabkan kekangan maklumat.