KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akan didakwa di mahkamah hari ini atas kenyataan khianat terhadap kerajaan.
Dia dijadual dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9 pagi ini.
Iklan
Iklan
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sudah mendapat arahan pertuduhan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Pertuduhan dilakukan membabitkan satu kes hantaran berkenaan kenyataan khianat terhadap kerajaan di akaun Facebook 'Halid Hamidi'.
Papagomo disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. - Awani