[VIDEO] Hantar laporan kemajuan projek setiap bulan - PM

Iklan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri mengarahkan laporan kemajuan sesuatu projek kerajaan untuk dihantar setiap bulan.

Bercakap di dalam Majlis Perhimpunan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan kaedah baharu yang diperkenalkan tahun baru ini.

Iklan
Iklan

"Laporan bulanan ini harus dihantar melalui ketua pengarah, ketua setiausaha kementerian (KSU) dan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk makluman saya," katanya pada Isnin.

Menurutnya, kerajaan boleh meluluskan peruntukan dan tambahan projek seperti diminta oleh ketua- ketua jabatan dan KSU di dalam mesyuarat Kabinet.

Iklan
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

"Ada kaedah baharu yang hendak kita perkenalkan...Mesti ada laporan bulanan, apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara dalam usaha melaksanakan projek itu," katanya.

Iklan

Ujar beliau, meskipun perubahan dilakukan menerusi pendekatan baharu, kerajaan turut meneruskan dasar terdahulu yang mendatangkan kebaikan kepada negara.

"Saudara tahu dalam sistem politik, dalam kerajaan, jemaah menteri, kita juga cuba melakukan kaedah-kaedah baharu, meneruskan kalau ada yang baik dahulu, kita teruskan tetapi pendekatan kita harus berubah.

"Sebab itu umpamanya kita tidak meneruskan dengan cara rundingan terus untuk mengelakkan kecelaruan dan salah guna," katanya.

Tambah Anwar, setiap kementerian digesa mengambil pendekatan yang berani.

"Walaupun ada pelbagai hal tetapi saya yakin insya-ALLAH kerajaan kita stabil

"Oleh kerana stabil, kita nak guna sepenuhnya untuk laksanakan program untuk mengangkat martabat negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata beberapa program menerusi Malaysia Productivity Corporation (MPC) akan diteruskan untuk pembaharuan penjawat awam.

"Semoga tahun 2024 kita maju di tahap cemerlang," katanya.