'Bersusun kenyataan media palsu Pas tanda ada orang sedang panik'

Iklan
Ahmad Fadhli. Tangkap layar hantaran Ahmad Fadhli di Facebook pada Isnin.

SHAH ALAM - Tindakan membuat dan menyebarkan kenyataan media palsu menggunakan nama Pas menunjukkan ada individu atau pihak tertentu yang sedang panik dengan parti tersebut.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia susulan terdapat dua kenyataan media palsu mengenai pencerobohan kediaman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari oleh wartawan Harakah Daily dan pengikut Pas serta perjumpaan kesemua ahli Parlimen di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Bersusun kenyataan media palsu atas nama Pas dibuat menandakan ada orang panik sekarang.

"Geng-geng ini kuat menipu sampai mereka sendiri percaya penipuan mereka, ini memang dah tahap kronik,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas mengenai penyebaran kenyataan media kononnya dikeluarkan oleh Pas dengan mengesahkan identiti tiga individu yang terlibat dalam kes pencerobohan rumah Amirudin dan memohon maaf atas tindakan tersebut.

Kenyataan palsu tersebut juga tertulis teguran terhadap parti DAP agar tidak mencampuri urusan Pas kerana pihaknya tanpa teragak-agak akan bertindak balas.

Iklan

Selain itu, terdapat juga kenyataan media palsu kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pendirian parti untuk tidak hadir ke satu pertemuan ahli Parlimen di Kuala Lumpur.