SARAJEVO - Lima individu terperangkap di sebuah gua di Bloska Polica, Slovenia sejak Sabtu lalu selepas hujan lebat meningkatkan paras air di dalam gua tersebut.
Situasi yang berlaku di gua Krizna Jama itu sekali gus mengakibatkan pasukan penyelamat sukar membawa keluar mereka, lapor media tempatan pada Ahad.
Iklan
Iklan
Mangsa terlibat termasuk tiga sekeluarga dan dua pemandu pelancong, dilaporkan sudah berteduh di tempat selamat di gua sepanjang 8.2 kilometer itu yang hanya boleh dikunjungi dengan bot.
Menurut pihak berkuasa perlindungan awam di kawasan itu, pasukan penyelamat berjaya menghubungi kumpulan itu serta menghantar makanan, air serta khemah berteduh ketika hari kejadian.
Bagaimanapun, memandangkan kumpulan itu berada lebih dua kilometer dari pintu masuk gua berkenaan, pasukan penyelam perlu mengambil masa tiga hingga empat jam untuk sampai ke sana.
Malah, mereka menjelaskan, usaha menyelamat terakhir akan bergantung apabila paras air mula surut, selain boleh mengambil masa beberapa hari.
Križna Jama merupakan kawasan tasik gua yang memiliki air kehijauan adalah ekosistem gua keempat terbesar yang diketahui di dunia dari segi biodiversitinya. - Agensi