Angkara syiling bertuah, warga China diarah bayar ganti rugi

Iklan
Disebabkan insiden balingan syiling ke arah pesawat, syarikat tambang murah Lucky Air terpaksa menanggung kerugian 123,000 yuan. - Foto: Agensi

ANHUI - Seorang lelaki China berusia 28 tahun diperintah membayar ganti rugi sebanyak 120,000 yuan kepada syarikat penerbangan tambang murah Lucky Air kerana membuang duit syiling ke arah pesawat dengan harapan perjalanannya akan selamat dalam kejadian tahun lalu.

Mahkamah Rakyat Anqing, Anhui telah mengeluarkan keputusan tersebut Julai lalu namun tidak didedahkan kepada umum sehingga diterbitkan dalam satu talian baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Lu Chao kali pertama menaiki pesawat mengaku bersalah membuang syiling ke arah pesawat pada 17 Februari tahun lalu.

Penerbangan dari Anqing ke Kunming, Yunnan terpaksa dibatalkan selepas kakitangan syarikat penerbangan menemui syiling 1 yuan berhampiran salah satu enjin pesawat berkenaan.

Iklan

Disebabkan insiden itu, syarikat tersebut terpaksa menguruskan penginapan bagi penumpang yang terkandas disebabkan pembatalan penerbangan itu.

Syarikat itu juga terpaksa mengatur semula penerbangan yang mengalami kerugian berjumlah 123,000 yuan.

Iklan

Lucky Air memfailkan saman sivil terhadap individu tersebut pada May dan menuntut pampasan bagi kerugian dialami mereka.

Chao yang diwakili abangnya di mahkamah menyatakan bahawa kos penyelenggaraan syarikat penerbangan itu terlalu tinggi dan mereka sepatutnya membuat pengumuman kepada penumpang sebelum menaiki pesawat supaya tidak membuang syiling ke arah pesawat. - Agensi