Bersatu lapor polis individu hina titah Sultan Selangor

Iklan
Wan Saiful

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Bahagian Bangi membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin parti politik berkaitan satu video di TikTok yang didakwa menghina titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Ketua Bahagiannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya berpandangan kandungan video tersebut menghina titah Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang mengingatkan rakyat Malaysia khususnya bukan Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Bersatu Bangi merasakan tindakan individu bernama Awtar Singh itu boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni serta menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.

"Carian terkini mendapati video itu telah dipadamkan tetapi ia sebenarnya sudah tersebar meluas,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Terdahulu, dalam video berdurasi lebih tiga minit itu, Awtar Singh meminta orang Islam agar jangan mencampuri urusan bukan Islam termasuk membabitkan penjualan nombor ekor dan minuman keras serta urusan pembinaan kuil.

Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mendesak agar pihak berkuasa mesti tegas membuat siasatan dan mengambil tindakan segera.

Iklan

"Sekarang ini seolah-olah wujud suasana berat sebelah dalam proses penguatkuasaan.

"Bersatu Bangi juga menuntut Awtar Singh memohon keampunan daripada Tuanku Sultan Selangor dan seluruh rakyat Selangor di atas keceluparan yang dilakukannya,” katanya.