Niat dapat tunai umrah sebelum menghadap Ilahi

Iklan
Ismail

MAKKAH - Hasrat seorang asnaf yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah sebelum pergi menghadap Ilahi akhirnya tercapai.

Menurut Ismail Desa, walaupun tidak ada kemampuan dari segi kewangan, namun dirinya sentiasa berdoa untuk datang ke tempat yang menjadi destinasi penting bagi seluruh umat Islam itu.

Iklan
Iklan

"ALLAH telah menjemput saya menjadi tamunya dan saya rasakan seperti mimpi sebab sebelum ini setiap kali lepas solat saya doa kepada ALLAH saya ingin sekali jejakkan kaki ke Makkah untuk melihat Kaabah di depan mata saya sendiri sebelum saya pejamkan mata saya.

"Itulah saya selalu minta kepada ALLAH dan alhamdulillah ALLAH dengar permintaan saya dan kabulkan doa saya,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0 anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) dan kerajaan Negeri Sembilan.

Iklan

Dia merupakan seorang daripada 114 asnaf yang ditaja oleh Andalusia menerusi program tanggungjawab korporat syarikat itu bertujuan memberikan peluang kepada golongan tersebut untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali.

Program tersebut membabitkan 77 asnaf dari Negeri Sembilan, tujuh asnaf Sabah, 15 asnaf Kelantan, 10 asnaf dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dua Melaka dan empat dari Rembau.

Iklan

Asnaf terpilih itu turut dibawa untuk menziarahi lokasi-lokasi penting dalam sejarah pengembangan Islam dan peristiwa penting melibatkan Nabi Muhammad di Makkah dan Madinah.

Dalam pada itu, Ismail yang kini berusia 63 tahun berkata, dia berdoa agar semua umat Islam di Malaysia dapat bersama-sama untuk datang ke Makkah yang penuh dengan rasa keinsafan dan ketakwaan kepada ALLAH.

"Saya juga tanam semangat dan kalau ada rezeki saya nak datang lagi. Alhamdulillah apa yang Andalusia bagi sangat terbaik dan seiapa yang mahu datang ke sini boleh gunakan perkhidmatan Andalusia.

"Mereka akan jaga kebajikan kita, kalau kita sakit walaupun tengah malam atau awal pagi mereka akan layan kita. Dari segi makanan memang ikut selera Malaysia dan tiada masalah untuk kami di sini,” ujar bekas tentera itu.