Guru maut dalam perjalanan ke sekolah

Iklan
Mangsa tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda sebelum diselamatkan anggota bomba. Foto Ihsan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah

DUNGUN - Seorang guru maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas di hadapan Penjara Koreksional Bukit Besi, dekat sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Sharifuddin Ali berkata mangsa yang dikenali sebagai Abd Rashid Mohd Nor, 48, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerangau, di sini maut di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Kejadian kemalangan itu berlaku apabila kereta yang dipandunya terbabas kira-kira jam 8 pagi.

"Ketika itu mangsa yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan dari SMK Jerangau ke SMK Padang Pulut," katanya.

Mangsa tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda sebelum diselamatkan anggota bomba. Foto Ihsan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah

Iklan

Sharifuddin berkata, ekoran kemalangan itu, mangsa tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda sebelum diselamatkan anggota bomba.

"Mangsa berjaya dikeluarkan jam 8.56 pagi dengan menggunakan peralatan khas iaitu 'air lifting bag'," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Guru yang memandu kenderaan tersebut maut. Foto Ihsan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah

Iklan

Mengulas lanjut, Sharifuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersembut pada jam 8.08 pagi.

Katanya lagi, seramai 10 anggota bomba bersama sebuah jentera dan jentera EMRS bergegas ke lokasi kejadian.