8 terbunuh serangan udara Israel di Deir al-Balah Gaza

Iklan
Kerja menyelamat sedang dijalankan selepas serangan Israel di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, pada Ahad. Foto Xinhua

GAZA - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di barat bandar Deir al-Balah di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber media tempatan.

Menurut laporan itu sebanyak lapan mayat dibawa ke Hospital Shuhada Al-Aqsa susulan serangan udara itu, termasuk berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak yang turut cedera.

Iklan
Iklan

Sementara itu, sebuah pesawat tentera Israel dirakam melepaskan tembakan secara rambang di pekarangan Hospital Eropah di Gaza.

Jet itu turut menyerang bangunan-bangunan di Kolej Sains dan Teknologi yang terletak di selatan Khan Yunis, di selatan wilayah itu.

Iklan

Pada masa sama, jet pejuang Israel turut menyerang kem pelarian Al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza. - Bernama/WAFA

Iklan