Bilik Gerakan Bencana diarah beroperasi dari 8 pagi-12 tengah malam

Iklan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu memindahkan penduduk Kampung Batu 20 dan Kampung Bukit Dagang, Sungai Tiram, Johor Bahru yang terputus hubungan selepas jalan utama memasuki perkampungan itu dinaiki air akibat limpahan air sungai berdekatan pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bilik Gerakan Bencana (BigBen) Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam tujuh hari seminggu berikutan peningkatan kes bencana alam terutama di Johor dan Pahang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, operasi itu membabitkan seluruh staf Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR dengan empat pelaporan situasi semasa setiap hari.

Iklan
Iklan

"Saya mohon semua penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh agensi yang bertugas.

"JKR akan sentiasa bersiap-siaga dan saya telah mengarahkan pasukan JKR untuk memberi bantuan segera yang sewajarnya," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini..

Iklan

Beliau berkata setakat 6 petang, 51 lokasi di seluruh negara telah terkesan akibat bencana alam dengan 23 dilaporkan di Jalan Persekutuan dan 28 di Jalan Negeri manakala Pahang serta Johor masing-masing merekodkan 19 dan 20 lokasi terjejas tertinggi.

Berdasarkan perkongsian data bencana di seluruh negara di BigBen JKR setakat 6 petang itu, sebanyak 31 kes banjir, 12 melibatkan insiden cerun runtuh, empat insiden jalan runtuh, tiga kes jambatan rosak atau runtuh dan satu kes jalan mendap.

Iklan

Maklumat terkini lokasi terlibat dan bencana boleh dirujuk di laman rasmi BigBen JKR di Facebook. - Bernama