SEREMBAN - Seorang pekerja swasta di sini kerugian RM194,560 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 32 tahun itu mendakwa menemukan iklan pinjaman wang di Facebook sebelum berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan individu yang menawarkan pinjaman wang sebanyak RM250,000.