Dedahkan identiti pelaku dan penerima rasuah

Iklan
Identiti pemberi dan penerima rasuah perlu didedahkan secara adil kerana perbuatan tersebut merupakan kesalahan yang sama berat. Gambar kecil: Rahime

SHAH ALAM - Identiti pemberi dan penerima rasuah perlu didedahkan secara adil kerana perbuatan itu adalah kesalahan yang sama berat.

Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Kangar, Rahime Che Yen berkata, ia berikutan kebanyakan kes dilaporkan media hanya menghebahkan penerima kegiatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Namun, pemberi pula berselindung di sebalik kesalahan dilakukan penerima.

"Hukuman sama rata perlu dijatuhkan kepada kedua-dua pihak dan sepatutnya identiti mereka juga perlu didedahkan.

Iklan

"Jika tidak ada yang memberi, sudah pasti tiada yang akan menerima rasuah,” katanya.

Menurut Rahime, tindakan tegas perlu diberikan kepada kedua-dua pihak supaya gejala itu boleh dikurangkan.

Iklan

"Jika orang awam tahu memberi rasuah pun sama hukuman dengan penerima rasuah, mudah-mudahan akan membantu gejala rasuah ini dikurangkan,” jelasnya.