Tak ramai datang ke PEDi daftar, kemas kini PADU

Iklan
Nurin Rashida membantu salah seorang penduduk yang mendapat maklumat mengenai PADU di PEDi PAKR Panching, Pahang. Gambar kecil: Mohd Rosli

KUANTAN - Sambutan orang ramai untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi di Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) masih kurang.

Tinjauan Sinar Harian di PEDi PAKR Panching mendapati tidak ramai penduduk hadir bagi mendapatkan bantuan petugas di pusat digital berkenaan.

Iklan
Iklan

Pengurus PEDi PAKR Panching, Nurin Rashida Mohamad Rozlan berkata, tidak ramai penduduk di kawasan sekitar hadir ke pusat ini bagi tujuan tersebut.

"Beberapa hari lepas, ada beberapa penduduk datang sini kemas kini data, tapi tidak ramai lagi.

Iklan

"Mungkin mereka tidak dapat maklumat mengenai perkara ini kerana ia baru diumumkan,” katanya ketika ditemui di PEDi PAKR Panching.

Beliau memaklumkan, pihaknya dalam proses memberi hebahan kepada penduduk setempat dengan pelbagai kaedah termasuk media sosial.

Iklan

"Kita turut salur maklumat dan promosi melalui aplikasi WhatsApp dalam komuniti setempat.

"Kaedah ini dilakukan supaya mereka dapat hadir ke sini bagi mengemas kini data peribadi sama ada secara fizikal ataupun dalam talian,” katanya.

Seorang peniaga, Mohd Rosli Saad, 46, memaklumkan masih belum membuat pendaftaran PADU kerana mahu memahami secara jelas manfaat di sebalik pelaksanaannya.

"Kerajaan perlu beri kefahaman dulu kepada rakyat secara jelas. Jika rakyat sudah memahami, pasti mereka secara sukarela untuk mendaftar. Justeru town hall perlu diadakan di setiap pelosok kampung bagi beri penerangan,” ujarnya.