29 Ahli Parlimen Korea Selatan cetus kekecohan didakwa

Iklan
Anggota parti pembangkang menyekat akses ke bilik jawatankuasa bagi menghalang rang undang-undang diluluskan di Parlimen di Seoul pada 26 April 2019. -Foto AFP

SEOUL - Pendakwa Raya Korea Selatan hari ini mendakwa 29 Ahli Parlimen dan pemimpin parti pembangkang utama susulan krisis yang berlaku selama dua hari di dewan terbabit ketika kejadian pada April lalu.

Antara mereka yang didakwa termasuk pemimpin Parti Kebebasan Korea (LKP), Hwang Kyo-ahn yang berdepan tuduhan mencetuskan kekecohan di Parlimen.

Iklan
Iklan

Difahamkan, seramai 18 daripada mereka akan dibicarakan manakala selebihnya hanya didenda kerana kesalahan kecil.

Sebagai cubaan untuk menghalang undang-undang diluluskan, anggota Parti Kebebasan Korea (LKP) bertindak berbaring di atas lantai untuk menyekat akses ke bilik jawatankuasa dan turut menghalang seorang Ahli Parlimen selama lima jam di pejabatnya.

Iklan

Kekecohan tercetus apabila Ahli Parlimen parti pemerintah, Parti Demokratik cuba untuk memasuki dewan.

Pendakwaan itu dibuat tiga bulan sebelum Pilihan Raya Parlimen dan jika mana-mana Ahli Parlimen yang didenda 5 juta Won (RM17,628) atau berdepan tuduhan lain bakal kehilangan kerusi serta dilarang bertanding semula untuk tempoh lima tahun.

Iklan

Pertikaian itu tercetus selepas parti pemerintah dan sekutunya tergesa-gesa mahu meluluskan siri rang undang-undang pembaharuan termasuk menubuhkan badan untuk menyiasat kes rasuah melibatkan pegawai berpangkat tinggi. - AFP