Letak syarat 'paksa rela' galak daftar PADU
Iklan
Rata-rata rakyat mengakui kurang maklumat tentang PADU yang dihebahkan secara umum dan mudah diterima seperti di televisyen menyebabkan mereka belum jelas mengenai kepentingannya.
SHAH ALAM - Pemberian insentif berbentuk rebat bil utiliti atau tambah nilai e-dompet antara usaha yang wajar dilaksanakan dalam tempoh kempen menggalakkan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU).
Pakar ekonomi daripada University College i-CATS Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, selain itu kerajaan perlu melakukan pendekatan lebih kreatif termasuk usaha ‘paksa rela’ iaitu meletakkan syarat tertentu agar rakyat membuat keputusan mendaftar dengan segera.