Chelsea tak perlu jual pemain

Iklan
Mauricio Pochettino

CHELSEA tidak perlu mengumpul wang melalui penjualan pemain untuk mengukuhkan skuad mereka selain dapat elak risiko melanggar peraturan 'Financial Fair Play' (FFP), kata pengendali pasukan, Mauricio Pochettino.

Kelab London itu membelanjakan lebih £400 juta (RM2.4 bilion) pada musim lalu apabila membawa masuk 13 pemain baharu.

Iklan
Iklan

Walaupun berbelanja besar, Chelsea menduduki tempat ke-10 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila hanya memenangi lapan daripada 20 perlawanan liga mereka setakat ini.

"Kami tidak perlu menjual jika mahu membeli beberapa pemain.

Iklan

"Jika ada yang sesuai, kami akan umumkan. Pada masa ini kami menilai dan bekerja seperti biasa,” katanya.

Pengendali kelahiran Argentina itu juga tidak melihat perlunya pasukan untuk menandatangani penyerang walaupun bakal kehilangan penjaring terbanyak Nicolas Jackson yang akan beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika.

Iklan

"Saya sangat positif dan gembira dengan skuad. Kami mempunyai pemain berbeza yang boleh bermain di posisi penyerang dan kami memerlukan pemain serangan barisan kedua kami untuk membantu pasukan menjaringkan gol dan membantu memenangi perlawanan," katanya.