Lebih sejuta mendaftar dengan PADU - Rafizi

Iklan
Rafizi

KUALA LUMPUR - Lebih sejuta individu telah mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (PADU) setakat pagi ini pada hari kelapan sistem itu dilancar dan dibuka kepada orang ramai.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi catatan di laman X berkata, angka itu termasuk pengguna di bawah 18 tahun.

Iklan
Iklan

"Seluruh jentera kerajaan turun membantu untuk memastikan kita meminimumkan risiko keciciran dalam pelaksanaan subsidi bersasar melalui pendaftaran #PADU.

"Teruskan momentum untuk beralih ke bantuan bersasar," katanya sekali gus memohon kerjasama rakyat yang masih belum mendaftar untuk berbuat demikian melalui http://padu.gov.my.

Iklan

Beliau turut memohon bantuan rakyat bagi membantu mereka yang kurang mahir digital untuk mendaftar, termasuk ibu bapa, keluarga dan jiran.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari lepas hingga 31 Mac ini dengan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

Iklan

Ia bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak. - Bernama