PUTRAJAYA - Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya menunda perjalanan tidak perlu ke kawasan yang terjejas akibat kebakaran belukar di Australia sehingga keadaan bertambah baik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, nasihat ini dikeluarkan berikutan pengumuman darurat tujuh hari oleh pihak berkuasa New South Wales bermula 3 Januari kerana kebakaran hutan itu menjejaskan banyak kawasan di Australia, terutamanya di pantai timur negara itu.