KUCHING - Sebanyak tujuh kenderaan mewah musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel di Jalan Pahlawan, Bintawa di sini awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 4.50 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
"Kebakaran melibatkan lapan kereta mewah yang berada di dalam garaj bengkel terbabit. Empat kenderaan (jenis Volkswagen, Mercedes, BMW dan Audi) telah terbakar 100 peratus, manakala tiga kenderaan (dua Mercedes dan sebuah BMW) terbakar 50 peratus.
"Sebuah kenderaan (Volkswagen) berjaya diselamatkan. Kebakaran tidak melibatkan kemusnahan struktur bangunan dan telah dapat dikawal pada jam 5.28 pagi,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama