'Terkenang pengorbanan kakak jaga ibu uzur'

Iklan
Jemaah program Umrah Asnaf Jelajah kasih 5.0 anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) bergambar di Masjid Nabawi, Madinah. Foto SINAR HARIAN - ROSLI TALIB

MAKKAH - Pengorbanan kakak yang menjaga ibu yang sedang uzur menjadi azimat kepada seorang wanita untuk cekal dan tabah menjalani ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

Menurut Noraini Ahmad, 63, berkata, dia sendiri tidak terdaya kerana mengalami masalah sakit pinggang dan kaki menyebabkan kesukaran untuk menjaga ibunya yang berada di kampung.

Noraini Ahmad

Iklan
Iklan

"Saya berdoa untuk arwah ayah dan mak saya yang sedang sakit, dia dijaga oleh kakak kerana saya sendiri tidak larat jaga mak, saya tak mampu.

"Kalau saya di kampung mak sakit, saya tidak dapat jaga dia tapi saya doakan harap mak sembuh dan boleh jalan itu saja, doakan juga kakak yang jaga mak ,” katanya.

Iklan

Noraini merupakan seorang daripada 114 asnaf yang ditaja oleh Andalusia menerusi program tanggungjawab korporat syarikat itu bertujuan memberikan peluang kepada golongan tersebut untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali.

Program tersebut membabitkan 77 asnaf dari Negeri Sembilan, tujuh asnaf Sabah, 15 asnaf Kelantan, 10 asnaf dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dua Melaka dan empat dari Rembau.

Iklan

Wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di Baitulmal Negeri Sembilan itu berkata, dia amat terharu apabila dipilih untuk menunaikan ibadah umrah tersebut.

"Semasa dimaklumkan saya sudah menangis kerana tidak sangka akan dapat menghadap Kaabah depan mata.

"Air mata saya mengalir sekali lagi semasa dalam kapal terbang,” ceritanya.

Wanita yang mempunyai tujuh orang anak itu juga berharap agar anak-anaknya dapat membawa dia sekali lagi ke Tanah Suci jika mempunyai rezeki pada masa akan datang.

"Mak cik doa anak-anak dapat kerja yang bagus dan kalau ada duit hantar mak cik ke Makkah semula untuk tunaikan haji pula,” ujarnya.