Bekas pekerja kapal tak mengaku salah seleweng minyak

Iklan
Azli (tengah) dilihar tiba sebelum memasuki Mahkamah Sesyen di sini

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pekerja kapal tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah dengan melakukan penyelewengan sejumlah 61,000 liter minyak diesel sehingga menyebabkan kerugian bernilai RM97,600.

Azli Mohd Noor, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati telah melakukan pecah amanah dengan melakukan penyelewengan minyak diesel sebanyak 26,000 liter dari kapal AlKahfi Chief sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM41,600 yang mana telah diamanahkan kepadanya untuk mengawal kapal tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar perairan Kuala Terengganu pada 12 Februari 2023.

Iklan

Berdasarkan pertuduhan kedua, tertuduh didapati telah melakukan pecah amanah dengan melakukan penyelewengan minyak diesel sebanyak 20,000 liter dari kapal AlKahfi Chief sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM32,000 yang mana telah diamanahkan kepadanya untuk mengawal kapal tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar perairan Kuala Terengganu pada 20 Februari 2023.

Iklan

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didapati telah melakukan pecah amanah dengan melakukan penyelewengan minyak diesel sebanyak 15,000 liter dari kapal AlKahfi Chief sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM24,000 yang mana telah diamanahkan kepadanya untuk mengawal kapal tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar perairan Kuala Terengganu pada 25 Februari 2023.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabihah Hanim Ayim mencadangkan mahkamah supaya menetapkan jaminan yang maksimum sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Che Amir Che Musa yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah menetapkan wang jaminan paling minimum atas alasan tertuduh tidak bekerja selain perlu menanggung isteri dan empat anaknya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 21 Februari depan.