Tujuh balai polis kesan dua penyamun, rupanya laporan palsu

Iklan
Tindakan polis mengadakan Op Tutup pada Isnin bagi mengesan dua penjenayah yang didakwa menyamun seorang lelaki sehingga kerugian RM3,500, ternyata sia-sia apabila kejadian dilaporkan adalah palsu. Gambar hiasan

JEMPOL- Tindakan polis mengadakan Op Tutup pada Isnin bagi mengesan dua penjenayah yang didakwa menyamun seorang lelaki sehingga kerugian RM3,500, ternyata sia-sia apabila kejadian dilaporkan adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun memaklumkan disamun menggunakan sebilah parang.

Iklan
Iklan

"Dalam laporan itu, kejadian pada jam 9 malam itu berlaku di hadapan sebuah kilang di Kampung Jawa, Serting Tengah, Batu Kikir. Dia mendakwa suspek menaiki motosikal menghala ke arah Serting Tengah.

"Berdasarkan maklumat, polis terus mengadakan Op Tutup membabitkan tujuh balai polis di daerah Jempol, bagaimanapun tindakan polis ternyata sia-sia apabila laporan dibuat adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, suspek membuat laporan palsu itu kerana sudah menggunakan wang milik syarikat berjumlah RM2,160 daripada RM3,500 bagi membayar hutang rumah dan tunggakan kereta selama tiga bulan.

"Kes ini seterusnya disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan akan melengkapkan siasatan sebelum dirujuk Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan," katanya.

Iklan

Justeru, Chang Hook berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat laporan palsu untuk kepentingan diri sendiri sehingga membazirkan tenaga dan masa anggota polis untuk menyiasat kejadian jenayah yang tidak berlaku.