Ibu disyaki cederakan anak guna pisau kerana enggan buat kerja rumah

Iklan
Seorang wanita dipercayai mencederakan anak lelakinya menggunakan pisau gara-gara kerana tidak mahu buat kerja rumah. (Foto hiasan) Gambar kecil: Hussein

GOMBAK - Seorang wanita 'hilang sabar' sehingga dipercayai mencederakan anak lelakinya menggunakan pisau gara-gara kerana tidak mahu buat kerja rumah di Kampung Changkat Gombak di sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa berusia 12 tahun cedera di tangan dan kaki melarikan diri sebelum diselamatkan jiran yang menghubungi polis.

Iklan
Iklan

Difahamkan, sepasukan anggota unit peronda (MPV) polis telah tiba di lokasi untuk memeriksa keadaan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis kemudian bertindak menahan ibu mangsa kira-kira jam 1 pagi Sabtu.

Iklan

"Soal siasat awal, wanita itu mengaku memarahi anaknya kerana tidak bantu membuat kerja rumah.

"Dalam pertengkaran itu, pisau sayur yang dipegang terkena anak menyebabkan cedera di tangan dan kaki," katanya pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, mangsa telah menerima rawatan dan menerima antara empat hingga lima jahitan.

Katanya, ibu mangsa kemudian direman dua hari bermula 6 Januari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.