Mourinho pelik Tottenham dominasi tapi tewas

Iklan
Gol Ings memastikan The Saints meraih tiga mata selepas menewaskan Tottenham di Stadium St Mary's. Foto: Premier League

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menyifatkan kekalahan 0-1 The Lilywhites kepada Southampton di Stadium St Mary's sebagai sesuatu yang pelik.

Menurut pengendali dari Portugal itu, Tottenham lebih mendominasi sepanjang perlawanan, sebaliknya gol tunggal Danny Ings pada minit ke-17 sudah cukup untuk memberikan kemenangan bagi The Saints.

Iklan
Iklan

"Secara jujur pada saya ini satu perlawanan yang benar-benar aneh, kerana bahagian pertahanan kami langsung tidak mempunyai masalah.

"Mereka (Southampton) tidak melakukan banyak ancaman tapi berjaya menjaringkan gol. Penyudah yang bagus daripada Danny Ings.

Iklan

"Tapi itu kami mula mengawal perlawanan dan memiliki beberapa peluang menjaringkan gol biarpun tak banyak," katanya.

Pada aksi itu Tottenham yang lebih mendominasi perlawanan manakala Southampton yang hanga agresif pada pertama hanya berjaya melakukan tiga percubaan yang satu darinya adalah gol.

Iklan

Pada babak kedua, skuad kendalian Ralph Hasenhuettl tidak lagi mengancam gawang Southampton.

Pada masa sama, Mourinho juga memuji keampuhan barisan pertahanan The Saints yang dikendalikan Jack Stephens dan Jan Bednarek.

Katanya, Tottenham semakin sukar menembusi pertahanan Southampton tonggak utama mereka Harry Kane dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.

"Mereka bertahan dengan baik. Dua bek tengah mereka benar-benar menyukarkan para penyerang kami. Mereka lebih agresif dan tak membuat kesilapan sama sekali.

"Pada minit-minit akhir, tanpa Harry Kane, dan ketiadaan Son (Heung-min), maka pilihan kami jadi terbatas. Bagi saya keputusan ini amat kejam bagi kami, tapi begitulah kenyataannya," katanya.

Kapsyen

Gol Ings memastikan The Saints meraih tiga mata selepas menewaskan Tottenham di Stadium St Mary's. Foto: Premier League