KUCHING - Hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan timur Sabah dan Sarawak pada Khamis dan Jumaat ini berikutan peningkatan kelembapan yang dibawa angin timuran ke kawasan berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.