Lebih 1,000 pengunjung serbu Jualan Kasih KEDA

Iklan
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli ayam, ikan, telur, beras dan minyak masak yang dijual pada harga lebih murah berbanding harga pasaran di Jualan Kasih KEDA di Kompleks KEDA, di Alor Setar pada Selasa.

ALOR SETAR - Jualan Kasih Lembaga Kemajuan Wilayah Keda(KEDA) yang menawarkan harga barangan dapur lebih murah antara 25 hingga 53 peratus mendapat perhatian apabila lebih 1,000 pengunjung menyerbu Kompleks KEDA, di sini pada Selasa.

Pengerusi KEDA, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, usaha itu dilakukan bertujuan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara barangan yang menjadi rebutan ialah ayam, ikan, telur, beras dan minyak masak yang dijual pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

" Kita juga bercadang untuk menjadikan hari Jualan Kasih KEDA ini sebagai program bersiri dan dijalankan di daerah-daerah lain juga," katanya pada sidang akhbar di Kompleks KEDA pada Selasa.

Iklan

Tambah Jamil Khir, program tersebut juga menjadi platform kepada KEDA untuk menghebahkan pakej bantuan ekonomi yang disediakan melalui penyediaan reruai agensi.

Jamil Khir (dua kanan) ketika meninjau Jualan Kasih KEDA di Kompleks KEDA di Alor Setar pada Selasa.

Seorang pengunjung, Mohd Shamsuri Md Zakaria, 53, ketika ditemui mengakui Jualan Kasih KEDA dapat membantu meringankan beban golongan B40.

Iklan

Dia datang beratur setengah jam lebih awal sebelum jualan bermula pada jam 11 pagi kerana tidak mahu terlepas untuk membeli barang keperluan yang dijual pada harga murah.

"Alhamdulillah hari ni saya dapat membeli beras, ayam, minyak masak dan sepapan telur dengan harga RM10. Ia sangat murah berbanding harga pasaran sekarang.

"Saya harap KEDA dapat anjurkan lagi jualan seperti ini di masa depan bagi membantu golongan yang memerlukan," katanya yang juga seorang pesawah.